BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 21, 2010

TEORI SKINNER - PELAZIMAN OPERAN

BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904-1990)

B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan, dan mendapat ijazah kedoktorannya (Ph.D) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku berjudul Behaviour of Organism yang terkandung huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan, berdasarkan kajian-kajian beliau yan telah dijalankan dalam tahun 1930-an. 



Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.





EKSPERIMEN SKINNER

Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.


















Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.























PENEGUHAN

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikanpengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhannegatif.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

                            i.        Pengukuhan Positif

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.


Peneguhan Positif


Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

 Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah:

(a) memuji secara ikhlas,
(b) memuji dengan cepat,
(c) memuji tanpa pilih kasih,
(d) memuji usaha dan cuba jaya,
(e) memuji tingkah laku yang spesifik
(f) memuji jawapan atau respons yang spontan.






                    i.        Peneguhan Negatif

Peneguhan  negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerjasekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).  


Peneguhan Negatif









Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah,peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.








DENDAAN

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. 







Dendaan




PRINSIP PREMACK

Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”.

Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.  Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputerakan diadakan.



PELUPUSAN

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:
·Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
·Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
·Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.



IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM P&P
  • Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan
  • Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan
  • Prinsip penghapusan sesuai  untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini.
  • Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalu proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
  • Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
  • Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.












TEORI THORNDIKE - PELAZIMAN OPERAN

EDWARD LEE THORNDIKE (1874-1949)


Beliau ialah seorang ahli psikologi Amerika yang menghabiskan hampir seluruh kariernya di Teachers College, Columbia University. Karyanya meliputi perilaku binatang dan proses belajar menyebabkan teori connectionism dan membantu meletakkan asas sains untuk psikologi pendidikan moden. Beliau juga bekerja pada penyelesaian masalah industri, seperti ujian pekerja. Dia adalah ahli dewan Corporation psikologi, dan menjawat jawatan sebagai Presiden American Psychological Association pada tahun 1912. Beliau ialah anak seorang pendeta Methodist di Lowell, Massachusetts.





Pada tarikh 29 Ogos 1900, beliau berkahwin Elizabeth Moulton dan mereka mempunyai lima anak. Thorndike lulus dari Sekolah Latin Roxbury (1891), di West Roxbury, Massachusetts, Wesleyan University (BS 1895), Harvard University (MA 1897), dan Columbia University (PhD. 1898). Setelah lulus, Thorndike kembali ke minat awalnya, Pendidikan Psikologi. Pada tahun 1898 ia menyelesaikan PhD di Columbia University di bawah pengawasan James McKeen Cattell, salah seorang pengasas psikometri. Pada tahun 1899, selepas satu tahun tidak bahagia bekerja di College untuk Perempuan dari Case Western Reserve di Cleveland, Ohio, beliau menjadi pengajar psikologi di Teachers College di Columbia University, di mana ia tinggal selama sisa kerjayanya, mempelajari manusia belajar, pendidikan, dan ujian mental. Pada tahun 1937 Thorndike menjadi Presiden kedua Society Psikometri, mengikuti jejak dari Louis Leon Thurstone yang membentuk masyarakat dan syarikat jurnal Psychometrika tahun sebelumnya.


Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori ini telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Beliau menggunakan seekor kucing untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini, Thorndike membuktikan bahawa haiwan dan juga manusia belajar melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat.





Eksperimen Thorndike ke atas seekor kucing di dalam sangkar 










HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE

Hukum Kesediaan merupakan keupayaan seseorang individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Mengikut Thorndike, terdapat tiga keadaan yang berlaku dalam proses pembelajaran iaitu:

  • Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya yang dijalankan akan menghasilkan kepuasan.
  • Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.
  • Apabila seseorang pelajar tidaak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.

Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak baals yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. Dengan perkataan lain, sekiranya pasangan rangsangan-gerak balas (stimulus-response) wujud berkali-kali, maka ikatannya akan bertambah kukuh dan tinggi kemungkinan untuk gerak balas wujud lagi pada masa akan datang.

Hukum Kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan. Sekiranya gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan kian menjadi lemah, khasnya apabila sesuatu gerak balas yang membawa kesan yang menyakitan atau kurang menyeronokkan.





Hukum Pembelajaran Thorndike




IMPLIKASI TEORI THORNDIKE DALAM P&P






TEORI WATSON - PELAZIMAN TINGKAH LAKU

JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)
Watson dilahirkan di Greenville, South Carolina. Beliau menamatkan pelajaran di Furman University. Watson mengambil major dalam psikologi dan minor dalam falsafah serta neurologi di University di Chicago. Beliau telah menerima ijazah kedoktoran ketika menuntut di University of Chicago.Watson telah menghasilkan satu artikel berjudul “Psychology as the Behaviorist view it”. Beliau memulakan pengajian tentang mental  dan merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat. Kajiannya banyak dipengaruhi oleh teori pelaziman klasik Pavlov.  Watson merupakan orang pertama yang mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia.




TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON
Menurut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim. Watson berpendapat, gerakan refleks yang mudah berlaku secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari. Manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi baharu. Terdapat tiga jenis emosi menurut Watson iaitu takut, marah dan kasih sayang.


EKSPERIMEN “LITTLE ALBERT”
Watson telah membuat kajian bahawa emosi manuisa boleh dilazimkan secara klasik. Beliau menjalankan sebuah eksperimen ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 bulan bernama Albert. Beliau menunjukkan kepada Albert seekor tikus putih.  Pada mulanya Albert tidak takut pada tikus tersebut. Namun, apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, Albert menjadi takut dan menangis.  Keadan ini diulang sehingga Albert takut kepada tikus putih.








IMPLIKASI TEORI WATSON TERHADAP P&P
a)      Guru boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif.
b)      Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memilih rangsangan yang menyeronokkan.

TEORI IVAN PAVLOV - PELAZIMAN KLASIK

IVAN PAVLOV (1849-1936)

Nama penuh beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov. Beliau lahir pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau meniggal dunia pada 27 Februari 1936 di Leningrad. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Seminari Teologi seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti St. Petersburg dalam bidang kimia dan fisiologi. Pavlov mendapat gelaran doktor pada tahun 1879. Beliau dianugerahkan hadiah “Nobel” dalam bidang Psysiology or Medicine kajian “Proses Penghadaman” pada tahun 1904.

Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.  Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas manakala  gerak balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
Menurut kajian Pavlov, beliau mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma. Kajian beliau adalah berasaskan pada “hukum perkaitan” yang diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal iaitu Aristotle. Beliau mengemukakan bahawa, “sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan”.




Peralatan Eksperimen Pavlov


KESIMPULAN TEORI IVAN PAVLOV
Dalam teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov ini, terdapat beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan oleh beliau. Konsep tersebut ialah:
i)                    Generalisasi
ii)                   Diskriminasi
iii)                 Penghapusan
iv)                 Pembelajaran semula


Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan memberikan tindak balas yang sama. Sebagai contoh, Ali akan menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi.



Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindk balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.



Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus.



Penguasaan atau Pembelajaran Semula
Penguasaan atau bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh penguasaan berkenaan.



IMPLIKASI TERHADAP P&P
a)      Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
b)      Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta merta juga dapat membantu seorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.