BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 21, 2010

TEORI IVAN PAVLOV - PELAZIMAN KLASIK

IVAN PAVLOV (1849-1936)

Nama penuh beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov. Beliau lahir pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau meniggal dunia pada 27 Februari 1936 di Leningrad. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Seminari Teologi seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti St. Petersburg dalam bidang kimia dan fisiologi. Pavlov mendapat gelaran doktor pada tahun 1879. Beliau dianugerahkan hadiah “Nobel” dalam bidang Psysiology or Medicine kajian “Proses Penghadaman” pada tahun 1904.

Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.  Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas manakala  gerak balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
Menurut kajian Pavlov, beliau mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma. Kajian beliau adalah berasaskan pada “hukum perkaitan” yang diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal iaitu Aristotle. Beliau mengemukakan bahawa, “sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan”.




Peralatan Eksperimen Pavlov


KESIMPULAN TEORI IVAN PAVLOV
Dalam teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov ini, terdapat beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan oleh beliau. Konsep tersebut ialah:
i)                    Generalisasi
ii)                   Diskriminasi
iii)                 Penghapusan
iv)                 Pembelajaran semula


Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan memberikan tindak balas yang sama. Sebagai contoh, Ali akan menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi.



Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindk balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.



Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus.



Penguasaan atau Pembelajaran Semula
Penguasaan atau bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh penguasaan berkenaan.



IMPLIKASI TERHADAP P&P
a)      Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
b)      Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta merta juga dapat membantu seorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

0 comments: